Saturday 20 January 2018

TAKAFUL PERLINDUNGAN NYAWA VS MEDIKAL KAD

Ramai juga dikalangan kita yang masih keliru antara Takaful Perlindungan Nyawa dengan Medikal Kad..

Baiklah, untuk pengetahuan semua, fungsi kedua-duanya adalah amat berbeza.

Takaful perlindungan nyawa @ life takaful, kita akan diberikan pampasan sekiranya berlaku tiga perkara kepada kita iaitu kematian , lumpuh dan sakit kritikal.

Medikal kad @ kad perubatan pula berfungsi untuk membiayai kos rawatan penghospitalan dan pembedahan di hospital.

Secara mudahnya life takaful akan membolehkan kita mendapat bantuan kewangan bagi digunakan oleh kita dan ahli keluarga kita jika berlaku tiga perkara tadi iaitu kematian , lumpuh dan sakit kritikal.


Medikal Kad pula berperanan untuk membolehkan kita mendapat rawatan perubatan terbaik untuk diri kita atau keluarga dengan alternatif daripada hospital swasta selain hanya bergantung harap kepada hospital kerajaan.

No comments:

Post a Comment