Tuesday 6 February 2018

AWASS! PERINGATAN APABILA ANDA MELANGGAN TAKAFUL

  1. Langganlah takaful berdasarkan keperluan anda, bukan hanya berdasarkan cadangan agen sahaja. Anda lebih mengetahui keadaan hidup anda.
  2.  Pastikan anda tidak mengambil takaful dengan bayaran melebihi 10% daripada pendapatan anda kecuali untuk yang berusia emas (10%-15%).
  3. Pastikan anda memiliki takaful perlindungan nyawa terlebih dahulu berbanding medikal kad. Ini kerana, ianya lebih berguna bagi membantu kewangan keluarga anda apabila ditimpa malapetaka seperti kematian, lumpuh atau sakit kritikal. Bagi medikal kad, anda masih ada alternatif hospital kerajaan jika anda sakit.
  4.  Jika anda merasakan diri anda teraniaya oleh agen, anda boleh membuat laporan berikutan kesemua syarikat takaful dan agen2 tertakluk kepada kawal-selia Bank Negara Malaysia serta undang-undang Islamic Financial Services Act.
  5. Pastikan anda memberikan maklumat yang benar dan yang berkaitan terutamanya sejarah kesihatan anda sekalipun penyakit yang telah sembuh. Ini bagi mengelakkan risiko tuntutan anda ditolak apabila berlaku musibah. Banyak kes tuntutan ditolak berikutan penipuan fakta atau tidak mendedahkan fakta yang sebenar (undiscloser fact).
  6. Jangan sesekali anda culas untuk membuat bayaran bulanan kerana ini boleh menyebabkan polisi ‘lapse’ menyebabkan segala tuntutan yang dibuat ditolak.
  7. Semak borang sebelum tandatangan utk memastikan borang diisi dengan maklumat lengkap dan betul.
  8. Pastikan anda memahami polisi yang anda bakal terima melalui lampiran cadangan (proposal) atau Product Disclosure Sheet (PDS). Ianya boleh diperolehi daripada agen atau rujuk melalui website syarikat. Agen perlu menunjukkan dan menerangkan kepada bakal pelanggan. 
  9. Pastikan jumlah pampasan yang dinyatakan cukup untuk membantu anda dan keluarga jika berlaku sebarang kematian, lumpuh atau sakit kritikal. Jumlah pampasan (coverage) yang paling sesuai adalah bersamaan 10 tahun pendapatan anda. Contoh, dengan gaji sebanyak RM3000 sebulan, jumlah pampasan yang sesuai untuk kematian, lumpuh atau sakit kritikal adalah RM360,000 (12 bulan x RM3000 x 10 tahun).
  10. Pilihlah agen yang mampu memberi khidmat nasihat berdasarkan keperluan kewangan anda.
  11. Pastikan anda tag pasangan, keluarga dan rakan-rakan yang perlu tahu tips ini dan JANGAN lupa utk LIKE dan SHARE selepas baca habis tip-tip ini.

#shareiscare
#takafulagent
 https://takafulikhlasplanner.blogspot.my/

https://www.facebook.com/TakafulAgenTANGKAK/

~ready to serve
~takafulikhlas

~0145409450 whatsapp/call (farhan)