Thursday 28 December 2017

TAKAFUL SEBAGAI INSTRUMEN PERLINDUNGAN RISIKO KEWANGAN


Antara faktor penting dalam elemen kewangan keluarga ialah pengurusan risiko atau juga disebut sebagai pelindung kewangan. Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu musibah seperti sakit kritikal, hilang upaya kekal atau lebih sedih kematian keatas anda terutamanya mereka yang bergelar suami apa yang bakal berlaku kepada keluarga kita? Siapakah yang akan menyara mereka? Siapakah yang bakal melangsaikan hutang piutang seperti kenderaan serta perbelanjaan harian mereka? Adakah ianya mampu menanggung segala kos rawatan perubatan?

Untuk itu, antara yang boleh dijadikan instrumen bagi melindungi diri kita dan keluarga daripada risiko-risiko di atas adalah dengan melengkapkan diri dan keluarga anda dengan perlindungan takaful.

Definisi Takaful:
“Takaful berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud saling menjamin, yang melibatkan sekumpulan peserta bersetuju untuk saling menjamin sesama mereka terhadap kerugian tertentu. Konsep takaful yang mudah ini menjadi asas kepada perniagaan takaful,yang merupakan insurans berlandaskan Syariah seperti yang diamalkan kini.” (http://www.bnm.gov.my/files/publication/tkf/bm/2005/booklet.bm.pdf)

 Bagi meringkaskan penerangan ini, antara takaful yang penting bagi keluarga anda ialah:

1.       Takaful Nyawa ( Life Takaful ) – Pampasan akan diberikan sekiranya berlaku kepada kita perkara seperti kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

2.       Takaful Perubatan ( Medical takaful @ Medical Card) – Digunakan bagi membiayai kos rawatan di hospital.

Sebagai peringatan bersama, ingin ditegaskan bahawa aspek pengurusan risiko / perlindungan kewangan tidak harus diabaikan dalam memastikan kestabilan kewangan kita sentiasa terjamin walau dalam apa jua keadaan yang menimpa diri dan keluaraga kita. Takaful merupakan instrumen terbaik dalam mempersiapkan diri bagi persediaan pada masa hadapan.

"Expect the best. Prepare for the worst. Capitalize on what comes." Zig Ziglar

Tuesday 12 December 2017

TAKAFUL / INSURAN SYARIKAT VS TAKAFUL / INSURAN PERIBADI

Ramai orang beranggapan bahawa dengan mempunyai perlindungan takaful / insuran daripada syarikat sudah memadai untuk mereka. Jika dilihat dengan lebih mendalam, terdapat beberapa isu atau masalah bakal timbul kepada mereka yang hanya bergantung kepada perlindungan takaful / insuran daripada syarikat. Antara perkara yang bakal timbul ialah:

1.       Kemungkinan Syarikat Tidak Menyediakan Jumlah Perlindungan Yang Setimpal.
Seringkali terjadi apabila pihak takaful mencadangkan pakej perlindungan nyawa / perubatan, majikan hanya memilih pakej dengan kos yang terendah. Ini disebabkan tujuan majikan itu mengambil perlindungan takaful/insuran tersebut adalah hanya untuk memenuhi tuntutan oleh para pekerjanya. Walaubagaimanapun, masih terdapat majikan yang menyediakan perlindungan takaful / insuran yang bagus untuk para pekerjanya.
Walaupun takaful / insuran pekerja yang diberikan adalah percuma, jumlah perlindungan tersebut mungkin tidak mencukupi. Jika berlaku kematian, isteri dan anaknya mungkin akan mengalami masalah kewangan. Oleh itu, jumlah perlindungan tersebut sepatutnya  adalah bernilai 5 hingga 8 kali ganda jumlah pendapatan tahunan ahli. Jumlah perlindungan itu mungkin memadai jika anda bujang atau tiada tanggungan.

2.       Anda akan kehilangan perlindungan jika berlaku perubahan dalam pekerjaan.
Berkaitan takaful / insuran jenis perubatan, anda sudah semestinya tidak mahu ianya terputus kerana kita tidak tahu bila kita perlukannya. Kebanyakkan pekerja yang mempunyai perlindungan melalui syarikat akan bermasalah jika mereka bertukar pekerjaan, syarikat, dibuang kerja bahkan jika syarikat tersebut tutup. Kebiasaanya anda tidak akan dapat mengekalkan polisi perlindungan dalam keaadan seperti ini. Ini akan bertambah sukar jika anda tidak lagi mempunyai kualiti kesihatan yang secukupnya untuk memohon perlindungan takaful / insuran individu.

3.       Perlindungan akan bermasalah jika kesihatan merosot.
Keaadan akan menjadi semakin sukar sekiranya anda terpaksa meninggalkan pekerjaan anda disebabkan oleh masalah kesihatan. Ini kerana, di saat inilah kemungkinan anda akan kehilangan perlindungan takaful / insuran yang mana anda dan keluarga amat memerlukannya. Di saat ini, sudah terlambat untuk anda mendapatkan polisi  perlindungan takaful / insuran peribadi dengan kadar  yang rendah bahkan mungkin tidak mendapat langsung perlindungan bergantung kepada tahap kesihatan anda ketika itu.

Walaupun sekiranya anda tidak mempunyai penyakit yang kritikal sehingga perlu berhenti kerja, pihak majikan mungkin akan menghadkan ruang pekerjaan anda seterusnya mempengaruhi pendapatan anda juga. Dalam keaadan ini,jika anda hanya bergantung kepada polisi takaful / insuran syarikat ,untuk memastikan ianya terus aktif bagi melindungi anda dari keadaan kesihatan yang lebih serius, pilihan yang anda ada hanyalah untuk terus kekal berkhidmat dengan majikan sedia ada.

4.       Syarikat melaksanakan penjimatan kos

Anda tidak mempuyai kawalan terhadap polisi pilihan syarikat. Syarikat boleh memilih syarikat insuran / takaful dengan kualiti yang kurang menarik bagi menjimatkan kos. Malahan, syarikat boleh menamatkan pekhidmatan perlindungan takaful / ansuran bagi menjimatkan kos syarikat lalu menyebabkan anda langsung tidak mempunyai perlindungan takaful / insuran. 

Oleh itu, adalah lebih selamat sekiranya anda juga mempunyai perlindungan peribadi. Ini dapat membantu melindungi anda sekiranya perkara-perkara di atas terjadi kepada anda. Wallahuallam..

Wednesday 6 December 2017

IKHLASlink Secure Takaful

IKHLASlink Secure Takaful 

IKHLASlink Secure Takaful ialah pelan Takaful komprehensif yang berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala yang menggabungkan yang terbaik dari kedua-dua perlindungan dan pelaburan. Pelan ini menawarkan pakej holistik dengan rider-rider pilihan yang melindungi bidang kesihatan utama yang antaranya seperti penyakit kritikal, kemalangan peribadi, kemasukan ke hospital dan manfaat pembedahan. Selain itu, anda hanya perlu menyertai pada satu jumlah Sumbangan Takaful bagi menikmati pakej ini secara menyeluruh.


Memilih Pakej Takaful / Insuran Terbaik

Sebelum membuat pemilihan takaful / insuran manakah yang memberi pakej terbaik, beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya, anda boleh bertanya pada diri anda sendiri 3 soalan berikut :

1. Adakah anda memerlukan takaful / insuran ?

2. Jika perlu, berapakah jumlah pampasan / perlindungan yang sesuai ?

3. Berapa lamakah tempoh plan takaful tersebut ?

Setelah anda dapat menjawab soalan berikut, barulah anda bertemu dengan mana-mana agen takaful / insuran. Ini kerana pada ketika inilah anda sudah bersedia untuk melakukan perbincangan yang lebih mendalam berkaitan plan perlindungan yang sesuai untuk anda...☺

Jikalau anda tidak memahami perkara ini, maka ini boleh menyebabkan anda membuat pemilihan yang kurang sesuai berbanding dengan yang sepatutnya. Ya, agen takaful / insuran sememangnya boleh memberi cadangan kepada anda dengan pelbagai pakej tetapi adalah lebih berpuas hati sekiranya anda dapat membuat pilihan berdasarkan kehendak dan keperluan anda sendiri bukan?

Selain itu boleh juga menggunakan panduan berikut :