Tuesday 12 December 2017

TAKAFUL / INSURAN SYARIKAT VS TAKAFUL / INSURAN PERIBADI

Ramai orang beranggapan bahawa dengan mempunyai perlindungan takaful / insuran daripada syarikat sudah memadai untuk mereka. Jika dilihat dengan lebih mendalam, terdapat beberapa isu atau masalah bakal timbul kepada mereka yang hanya bergantung kepada perlindungan takaful / insuran daripada syarikat. Antara perkara yang bakal timbul ialah:

1.       Kemungkinan Syarikat Tidak Menyediakan Jumlah Perlindungan Yang Setimpal.
Seringkali terjadi apabila pihak takaful mencadangkan pakej perlindungan nyawa / perubatan, majikan hanya memilih pakej dengan kos yang terendah. Ini disebabkan tujuan majikan itu mengambil perlindungan takaful/insuran tersebut adalah hanya untuk memenuhi tuntutan oleh para pekerjanya. Walaubagaimanapun, masih terdapat majikan yang menyediakan perlindungan takaful / insuran yang bagus untuk para pekerjanya.
Walaupun takaful / insuran pekerja yang diberikan adalah percuma, jumlah perlindungan tersebut mungkin tidak mencukupi. Jika berlaku kematian, isteri dan anaknya mungkin akan mengalami masalah kewangan. Oleh itu, jumlah perlindungan tersebut sepatutnya  adalah bernilai 5 hingga 8 kali ganda jumlah pendapatan tahunan ahli. Jumlah perlindungan itu mungkin memadai jika anda bujang atau tiada tanggungan.

2.       Anda akan kehilangan perlindungan jika berlaku perubahan dalam pekerjaan.
Berkaitan takaful / insuran jenis perubatan, anda sudah semestinya tidak mahu ianya terputus kerana kita tidak tahu bila kita perlukannya. Kebanyakkan pekerja yang mempunyai perlindungan melalui syarikat akan bermasalah jika mereka bertukar pekerjaan, syarikat, dibuang kerja bahkan jika syarikat tersebut tutup. Kebiasaanya anda tidak akan dapat mengekalkan polisi perlindungan dalam keaadan seperti ini. Ini akan bertambah sukar jika anda tidak lagi mempunyai kualiti kesihatan yang secukupnya untuk memohon perlindungan takaful / insuran individu.

3.       Perlindungan akan bermasalah jika kesihatan merosot.
Keaadan akan menjadi semakin sukar sekiranya anda terpaksa meninggalkan pekerjaan anda disebabkan oleh masalah kesihatan. Ini kerana, di saat inilah kemungkinan anda akan kehilangan perlindungan takaful / insuran yang mana anda dan keluarga amat memerlukannya. Di saat ini, sudah terlambat untuk anda mendapatkan polisi  perlindungan takaful / insuran peribadi dengan kadar  yang rendah bahkan mungkin tidak mendapat langsung perlindungan bergantung kepada tahap kesihatan anda ketika itu.

Walaupun sekiranya anda tidak mempunyai penyakit yang kritikal sehingga perlu berhenti kerja, pihak majikan mungkin akan menghadkan ruang pekerjaan anda seterusnya mempengaruhi pendapatan anda juga. Dalam keaadan ini,jika anda hanya bergantung kepada polisi takaful / insuran syarikat ,untuk memastikan ianya terus aktif bagi melindungi anda dari keadaan kesihatan yang lebih serius, pilihan yang anda ada hanyalah untuk terus kekal berkhidmat dengan majikan sedia ada.

4.       Syarikat melaksanakan penjimatan kos

Anda tidak mempuyai kawalan terhadap polisi pilihan syarikat. Syarikat boleh memilih syarikat insuran / takaful dengan kualiti yang kurang menarik bagi menjimatkan kos. Malahan, syarikat boleh menamatkan pekhidmatan perlindungan takaful / ansuran bagi menjimatkan kos syarikat lalu menyebabkan anda langsung tidak mempunyai perlindungan takaful / insuran. 

Oleh itu, adalah lebih selamat sekiranya anda juga mempunyai perlindungan peribadi. Ini dapat membantu melindungi anda sekiranya perkara-perkara di atas terjadi kepada anda. Wallahuallam..

No comments:

Post a Comment