Thursday 11 January 2018

BUAT SEMAKAN SKIM TAKAFUL / INSURAN ANDA

Bagi mereka yang telah mempunyai skim takaful / insuran, diharapkan anda telah melakukan pemeriksaan semula takaful anda terutamanya pada awal tahun baru ini.
Ini kerana, terdapat ramai mereka yang mengambil takaful tetapi masih tidak mengetahui jenis perlindungan yang diberi oleh syarikat takaful.
Untuk itu, hubungi agen anda dan dapatkan kepastian terhadap plan yang telah anda langgan.

  • Tanyakan sama ada takaful anda adalah jenis saving atau mempunyai pelaburan atau tidak?

                                                   
  • Berapakah pelindungan kesihatan (medical) yang diberi dan berapa bakinya (jika ada membuat tuntutan) ?


Semak juga sama ada plan takaful tersebut masih cukup atau relevan dengan keadaan semasa anda. Ini kerana, dulu mungkin masih bujang kini telah berkahwin. Dulu hanya berdua, kini mungkin sudah mempunyai 2,3 orang cahaya mata..
Jadi mungkin anda perlu menambah pelindungan takaful anda..

Oleh itu, semak semula plan takaful / insuran anda dan nilai semula kesesuaiannya berbanding status kewangan dan keluarga anda yang terkini.






No comments:

Post a Comment