Tuesday 9 January 2018

PELEPASAN CUKAI MELALUI PERLINDUNGAN TAKAFUL

Sudah tentu kebanyakkan daripada kita merasa rugi apabila terpaksa membayar premium takaful setiap bulan terutamanya jika anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan. Untuk itu, kali ini saya ingin berkongsi sedikit info bagaimana dengan mengambil takaful, anda dapat menjimatkan wang anda melalui kaedah pelepasan cukai.

Selain dapat melindungi anda daripada sebarang musibah kewangan akibat daripada masalah berpunca daripada kesihatan, anda juga dapat menikmati ganjaran pelepasan cukai seperti berikut:

a)      Takaful / insuran nyawa (termasuk KWSP) – pelepasan cukai sehingga sebanyak RM6000
b)      Takaful pendidikan dan perubatan - pelepasan cukai sehingga sebanyak RM3000

rujukan: 
                                               
Darpada maklumat di atas, dapat dilihat bahawa LHDN telah mengiktiraf bahawa perlindungan takaful adalah amat penting sehinggakan sesiapa yang mempunyainya mendapat keistimewaan pelepasan cukai daripada pihak LHDN.

No comments:

Post a Comment